Sunday, August 23, 2009

Kualiti Air di Putrajaya

Assalamualaikum semua,
Bukan niat saya untuk memburuk-burukkan kawasan Putrajaya yang gah sebagai pusat pentadbiran negara kita. Saya sendiri adalah salah seorang dari penduduk dalam komuniti di Putrajaya. Malangnya sebagai penduduk saya merasakan yang saya tidak dibekalkan dengan kualiti air yang baik. Saya tidak menyalahkan pihak pembekal air mahupun mana-mana pihak.  Ini kerana terlalu banyak penyebab yang mampu mengotori air yang dibekalkan sampai ke rumah.
Antaranya :
1. Saluran paip bawah tanah yang lama.
2. Saluran paip di rumah.
3. tangki simpanan air yang tidak bersih.
4. Klorin.
5. lain-lain bahan kimia seperti yang saya sebutkan dalam post saya terdahulu. (Disini)
Atas rasa kurang yakin maka saya telah cuba memasang penapis Bio-Aura ini selama 2 minggu di rumah saya di Presint 11, Putrajaya (kuarters kerajaan berhampiran dengan Petronas Persint 11).  Hasilnya selepas 2 minggu, saya telah membuka kembali Set Penapis Bio Aura ini untuk melihat kotoran yang melekat di dalamnya.
Ini adalah gambar-gambar yang saya ambil dari penapis Bio Aura saya.
Jika kita lihat gambar yang pertama dan kedua, dapat kita lihat keadaan penapis ceramik berwarna putih dan bersih sebelum digunakan.  Pada gambar ketiga dan keempat pula kesan kotoran, karat dan segala mendakan dapat dilihat pada penapis ceramik.  Saya sendiri merasa loya ketika membersihkan penapis seramik tersebut. Kotorannya bukan sekadar karat malah berlendir seperti yang kita lihat di longkang2 besar (ops.. terlupa pula saya, longkang-longkang di sekitar Putrajaya tertutup dan terlindung). 
Cuba saudara dan saudari bayangkan air yang kita minum berkeadaan sedemikian.  Masihkah mampu untuk tekak ini meneguknya.  Dan jangan lupa bahawa saya baru menggunakan penapis air Bio Aura ini selama 2 minggu dan kotoran yang telah ditapis pada penapis ceramik benar-benar mengubah pandangan saya mengenai pentingnya air berkualiti.
Bayangkan selama 2 minggu jika saya tidak menggunakan penapis Bio Aura ini, banyak mana pula kotoran yang telah masuk dalam tubuh badan saya.  Bahaya penyakit pula bagaimana.  Itu baru 2 minggu. Jika 2 tahun atau 20 tahun lagi, ermm kadang-kala terfikir juga kandungan air yang saya telan selama 30 tahun usia saya di dunia ini.
Air yang kotor membawa pelbagai masalah dalam sistem imunisasi kita,  air yang bersih dan sempurna mampu menguat imunisasi tubuh dan boleh digunakan untuk rawatan alternatif terapi air yang sangat berkesan melebihi perubatan moden.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment