Monday, October 5, 2009

Testimoni Pengguna - En. Shah (penjawat awam dari Putrajaya)

Assalamualaikum.

Pertama sekali syukur kepada Allah sebab membuka pintu hati saya untuk memiliki penapis air bio aura ini. Sebelum ini saya rasakan bahawa semua penapis air adalah sama.  Tetapi pandangan saya berbeza selepas saya menggunakan penapis air bio aura ini.

Ini kerana isteri saya disahkan mempunyai masalah UTI (Urinary Tract Infection) yang kadang-kadang orang kita panggil sakit kencing kotor selepas seminggu kami bernikah.  Hampir setiap kali bila isteri saya menghadapi masalah ini dia akan mengadu  kerap buang air kecil dan merasa sangat sakit ketika membuang air kecil. Dan kami menghadapi masalah untuk bersama bila isteri saya mengalami sakit kencing ini.  Masalah ini berlarutan hampir setahun lebih (bergantung dengan ubat-ubatan hospital ketika sakit) sehinggalah saya menggunakan penapis air bio aura ini.

Selepas menggunakan penapis bio aura ini selama sebulan (tanpa memerlukan ubat-ubat dari hospital), isteri saya beransur pulih dari masalah UTI tersebut dan semakin sihat.  Dan yang lebih baik lagi penapis bio aura saya ini dibeli secara ansuran bulanan. Jadi rasanya beban yang satu ketika dulu saya berfikir untuk mengumpul duit sebab nak beli penapis air ni dah pun selesai bila saya boleh beli penapis ini secara ansuran.

Monday, September 28, 2009

Air di Presint 11, Selepas Raya

Assalamualaikum Sahabat semua,

Tidak terlambat saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua.  Kita semua mungkin masih dalam mood raya, saya sendiri baru je balik dari bercuti kat kampung selama seminggu.  Balik je dari kampung sampai rumah biasalah dah tinggal seminggukan. Siram pokok, mop lantai dan sebagainya.  Cerita pasal siram pokok ni ada satu perkara yang betul2 mengejutkan saya mengenai kualiti air di Putrajaya, terutama di Presint 11.  Seminggu tak buka air paip segala kotoran dah berkumpul kat paip rumah kita. Ini contoh gambar air sinki rumah saya.




Seminggu saja air dah jadi coklat kuning macam nie (lihat air yang keluar dari kepala paip tu).  Bayangkan air sebegini yang kita minum hari-hari, guna untuk masak, basuh sayur dan lain-lain lagi.  Dan air macam ni yang kita kasi anak-anak kita minum.  (Betullah kata orang tua-tua, orang sekarang nie umur pendek sebab makan macam-macam, minum air kotor.) Iyalah, makanan ringan semuanya banyak perisa tambahan, bekalan air pulak tak bersih.  Bayangkan segala kotoran air ini ditapis dengan Penapis Bio Aura dengan teknologi Nano.  Segala kotoran yang tidak sepatutnya masuk ke dalam badan kita akan ditapis sehingga 99.9999% untuk menjamin kualiti air hidup yang kita perlukan.

Selepas sebulan lebih menggunakan Penapis Air Bio Aura di rumah saya di Presint 11,  ini adalah kotoran yang terlekat pada penapis seramik Bio Aura saya. Lihat bekas penapis lutsinar tu, dan cuba bandingkan kotorannya dengan gambar ketika ia mula-mula saya pasang.

Penapis A (Selepas 1 bulan)







Di keluarkan bagi mencuci kotoran pada penapis seramik



Lihatlah kotoran yang melekat pada penapis dan tangan saya, berlumpur, karat, berlendir dan berminyak.

 
Proses mencuci selesai

Adakah kita masih sanggup terus meneguk air yang penuh dengan kotoran seperti yang saya tunjukkan dalam gambar di atas.  Beri minum air yang jelas tercemar kepada anak, isteri atau ibu bapa kita semata-mata untuk berjimat sejumlah kecil wang (tetapi membelanjakan wang tersebut pada jalan yang tidak mendatangkan faedah kepada kewangan dan kesihatan kita).

Kalau saudara rasa sejumlah RM100 atau RM200 sebulan selama beberapa bulan itu mahal untuk mendapatkan bekalan air berkualiti untuk terapi kesihatan dan keperluan seharian keluarga saudara. Cubalah dahulu untuk sakit dan mendapatkan rawatan yang menelan belanja ratusan malah ribuan ringgit sehingga akhir hayat saudara yang mana lebih membebankan.  Renung-renungkanlah.

Monday, September 14, 2009

Buat Duit Dengan Bio Aura???

Assalamualaikum semua..

Mungkin orang kata alaa lecehlah.. tapi jika anda tahu caranya, bulan pertama saja anda mampu menjana pendapatan bermula dari RM4000 - mencecah lebih 5 angka sebulan.  Berminat? bolehlah hubungi saya di 012-6507471 (Idan).  Mudah dan yang paling penting, ianya berhasil.  Ini income terkumpul kami untuk bulan lepas, hampir RM10,000 jumlahnya (itu pun kami baru mulakan perniagaan sambilan ini selama 1 bulan lebih)

Sunday, August 23, 2009

Sistem Penapis Yang Digunakan Dalam Bio-Aura Life Energy Water


Sistem penapis Bio-Aura adalah satu sistem penapisan air berteknologi tinggi dengan penggunaan Teknologi Nano (FIR-Nano).  Produk ini direka cipta dan dihasilkan untuk menapis dan merawat air yang sudah tercemar kepada air hidup (air sempurna) yang amat penting kepada kehidupan terutamanya tubuh badan manusia. Melalui teknologi tinggi FIR-Nano, Bio-Seramik dalam sistem ini akan menghasilkan FIR (Far Infrared) yang menyebabkan resonan ini akan lebih tinggi tenaga, oksigen dan paling penting molekul-molekul air akan berbentuk hexagon halus. Tubuh badan manusia akan lebih cepat dan mudah menyerap molekul-molekul air yang halus untuk menjadikan air hidup ini berperanan terhadap seluruh sistem detoksifikasi (membuang toksin dalam badan), sistem neutralisasi (meneutralkan asid lactic dalam tubuh) dan sistem immunisasi.

Jenis penapis yang digunakan dalam Sistem Penapis Air Bio Aura dengan Teknologi Nano  :

Filter A : Ceramic
- Liang bersaiz 0.9 mikron menapis bahan tercemar iaitu kelodak pepejal seperti kotoran pasir lumpur, karat besi, dan bakteria parasit sehingga 99.999% . Penapis akan membasmi kuman dan air tidak perlu dididihkan (dimasak).

Filter B : Bacteriostatic Filter Media
- Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bakteria.

Filter C : KDF+Resin+Activated Carbon Block
- Activated carbon block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA International safety standard dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemaran kimia, disamping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpai. Unsur resin pula melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Filter D : Silver Carbon Block
- Memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Filter E : Bio-Mikro Ball
- Teknologi perubahan tenaga menghasilkan cahaya merah jarak jauh (FIR) yang berfungsi untuk memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecik serta berkesan, supaya  cepat diserap dengan mudah oleh tubuh manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen.

Filter F: Nano Ceramic Ball + Bio-Micro Ball
- Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya menyelaraskan sifat air cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan sistem immunisasi dan berfungsi untuk proses detoksifikasi.


Untuk Set Penapis Air Bio-Aura dengan Teknologi Nano anda, Sila hubungi kami di 012-6507471 atau di 013-3587303 atau e-mail kepada kami. Tawaran menarik menanti anda.

Kualiti Air di Putrajaya

Assalamualaikum semua,
Bukan niat saya untuk memburuk-burukkan kawasan Putrajaya yang gah sebagai pusat pentadbiran negara kita. Saya sendiri adalah salah seorang dari penduduk dalam komuniti di Putrajaya. Malangnya sebagai penduduk saya merasakan yang saya tidak dibekalkan dengan kualiti air yang baik. Saya tidak menyalahkan pihak pembekal air mahupun mana-mana pihak.  Ini kerana terlalu banyak penyebab yang mampu mengotori air yang dibekalkan sampai ke rumah.
Antaranya :
1. Saluran paip bawah tanah yang lama.
2. Saluran paip di rumah.
3. tangki simpanan air yang tidak bersih.
4. Klorin.
5. lain-lain bahan kimia seperti yang saya sebutkan dalam post saya terdahulu. (Disini)
Atas rasa kurang yakin maka saya telah cuba memasang penapis Bio-Aura ini selama 2 minggu di rumah saya di Presint 11, Putrajaya (kuarters kerajaan berhampiran dengan Petronas Persint 11).  Hasilnya selepas 2 minggu, saya telah membuka kembali Set Penapis Bio Aura ini untuk melihat kotoran yang melekat di dalamnya.
Ini adalah gambar-gambar yang saya ambil dari penapis Bio Aura saya.
Jika kita lihat gambar yang pertama dan kedua, dapat kita lihat keadaan penapis ceramik berwarna putih dan bersih sebelum digunakan.  Pada gambar ketiga dan keempat pula kesan kotoran, karat dan segala mendakan dapat dilihat pada penapis ceramik.  Saya sendiri merasa loya ketika membersihkan penapis seramik tersebut. Kotorannya bukan sekadar karat malah berlendir seperti yang kita lihat di longkang2 besar (ops.. terlupa pula saya, longkang-longkang di sekitar Putrajaya tertutup dan terlindung). 
Cuba saudara dan saudari bayangkan air yang kita minum berkeadaan sedemikian.  Masihkah mampu untuk tekak ini meneguknya.  Dan jangan lupa bahawa saya baru menggunakan penapis air Bio Aura ini selama 2 minggu dan kotoran yang telah ditapis pada penapis ceramik benar-benar mengubah pandangan saya mengenai pentingnya air berkualiti.
Bayangkan selama 2 minggu jika saya tidak menggunakan penapis Bio Aura ini, banyak mana pula kotoran yang telah masuk dalam tubuh badan saya.  Bahaya penyakit pula bagaimana.  Itu baru 2 minggu. Jika 2 tahun atau 20 tahun lagi, ermm kadang-kala terfikir juga kandungan air yang saya telan selama 30 tahun usia saya di dunia ini.
Air yang kotor membawa pelbagai masalah dalam sistem imunisasi kita,  air yang bersih dan sempurna mampu menguat imunisasi tubuh dan boleh digunakan untuk rawatan alternatif terapi air yang sangat berkesan melebihi perubatan moden.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.